Pintu pagar atau jeriji bukan saja
mampu menjadi penghias dekorasi rumah supaya nampak cantik dan bergaya tetapi
juga untuk mengelak kejadian tidak diingini. Selari dengan perkembangan semasa,
ada pemilik yang sanggup membelanjakan ribuan Rupiah untuk mendapatkan pagar
reka bentuk terkini.
Glenn Wong seorang pengusaha
berkenaan berkata pintu pagar antara elemen dekorasi terawal yang ditatap
tetamu dan keluarga ketika berkunjung ke kediaman dan fungsinya bukan setakat
melindungi rumah semata-mata.
Pintu pagar bukan sekadar untuk
keselamatan bahkan turut dijadikan objek hiasan.
“Fungsi pintu pagar yang dulunya
hanya untuk keselamatan isi rumah kian dipelbagaikan dan berkembang sebagai
pelengkap konsep hiasan kediaman Model pelbagai jenis dan warna serta eksklusif
yang diterapkan pada pintu pagar berasaskan kemasan besi menyebabkan ia
diminati.
“Sebenarnya, untuk memilih Model pagar
ini bergantung kepada cita rasa pemiliknya. Sama ada konsep moden, kontemporari,
nusantara atau tropika, kediaman lebih bergaya jika dekorasi pintu pagar yang
dipilih sesuai dan tidak keterlaluan,” katanya.
Beliau berkata, pemasangan besi
hiasan bercorak bukan saja pada pagar tetapi sesuai dipasang pada selusur
tangga, tingkap dan balkoni yang pastinya membuatkan ia tampil berbeza jika
reka bentuknya kreatif.
Wong berkata, terdapat beberapa
motif hiasan besi tempawan tiga dimensi flora dan fauna selain corak yang
menerapkan keunikan identiti tempatan sebagai simboliknya termasuk corak padi
dan tumbuhan tropika.
“Corak bermotifkan identiti tempatan
seperti `rural charm’ mempunyai makna tersendiri dalam mengembalikan nostalgia
kedesaan kepada setiap penghuni kediaman.
Motif `rural charm’ memberi kesan secara langsung kerana istilah desa itu sendiri menggambarkan ketenangan dan keharmonian semula jadi.
Motif `rural charm’ memberi kesan secara langsung kerana istilah desa itu sendiri menggambarkan ketenangan dan keharmonian semula jadi.
“Menyedari keunikan itu, para
pengusaha seperti saya mengambil peluang mempelbagaikan motif hiasan pada pintu
pagar dalam usaha memenuhi cita rasa pemilik kediaman dan memulihara nilai
estetikanya dengan gaya tersendiri,” katanya.
Beliau berkata, setiap corak tiga
dimensi seperti kelopak bunga direka khas dengan mengambil kira pelbagai aspek
termasuk keselamatan pemilik dan risiko pembiakan nyamuk serta besi tidak mudah
berkarat.
“Pintu pagar besi tempawan antara
produk yang memerlukan ketelitian dan kreativiti dalam penghasilannya sebagai
langkah memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.
“Biasanya motif flora yang
diletakkan pada pintu pagar itu banyak mengikut permintaan pelanggan dan ada
kalanya menguji kemampuan jika pelanggan meminta pemandangan hutan hujan
tropika direka pada pintu pagar itu,” katanya.
Beliau berkata, motif hiasan yang
ditampilkan pada pintu pagar banyak menggabungkan ideanya dan mengikut
permintaan pelanggan supaya segala yang dihasilkan memenuhi cita rasa semua
pihak sesuai dengan bajet dikeluarkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar